Translate

Sabtu, 4 April 2015

CARA MEMBINA PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MESRA BUDAYA

1.     Pendahuluan

        Menurut kamus, kebudayaan diertikan sebagai satu cara kehidupan manakala menurut Edward B. Taylor dalam bukunya Primitive Culture, ialah kebudayaan adalah satu keseluruhan sistem yang kompleks, di dalamnya terkandung unsur-unsur pengetahuan, kepercayaan, seni moral, undang-undang, adat istiadat dan yang sehubung dengannya.  Semua perkara itu diperolehi secara pengamalan oleh sesuatu masyarakat yang terdapat di kawasan tersebut.
          Kekayaan budaya yang pelbagai ini merupakan satu anugerah Tuhan yang harus disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah  hasil daripada persefahaman yang terjalin antara pelbagai kaum di negara ini. Negara Malaysia memperolehi kejayaan adalah kerana menjadikan keamanan, kemakmuran dan kemajmukan masyarakat di negara ini sebagai sumber kekuatan walaupun kita melihat banyak negara di dunia menghadapi pelbagai rintangan dan halangan akibat faktor mementingkan kaum sehingga sukar menerima istilah kemajmukan di negara mereka kerana perbezaan agama, warna kulit dan seumpamanya. Malah negara turut merasai sedikit sebanyak masalahnya bagaimana kemajmukan yang tidak teratur secara baik hampir-hampir meranapkan negara seperti yang berlaku pada tanggal 13 Mei1969.
           Oleh itu,  budaya dan pembelajaran ini dapatlah sedikit sebanyak untuk membantu memahami serba sedikit tentang kemairan komunikasi guru, melalui lisan ataupun bukan lisan. Tindakan mewujudkan persektaran yang mesra budaya diharapkan dapat membantu pengetahuan kita tentang kepelbagaian kelompok masyarakat Malaysia dan dapat membina kesedaran terhadap peranan guru sebagai agen perpaduan melalui pengajaran dan pembelajaran yang dapat memahami dan menghormati kepercayaan, moral, seni, undang-undang dan adat istiadat di mana sahaja dalam negara kita yang bertuah ini.


2.     Pengenalan


           Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya perlulah dipupuk di kalangan generasi mudah bagi melahirkan komponen masyarakat mesra budaya, berdaya saing, sanggup menghadapi segala rintangan yang melanda dan bersedia mewujudkan persefahaman antara kaum untuk menjana perpaduan, keutuhan, persefahaman, tolerensi,berkongsi ilmu dan memajukan negara menjelang wawasan 2020 akan datang.

          Perpaduan yang wujud semasa di sekolah lagi akan mencerminkan murid yang bakal cemerlang bagi menghadapai segala rintangan yang melanda Negara sama ada berbentuk kemajuan yang dicapai ataupun sebaliknya.

       Dengan pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya akan melahirkan murid yang mudah menerapkan dirinya melalui pengamalan nilai-nilai murni melalui pelbagai cara pengajaran dan pembelajaran.Kebersihan kelas, jadual bertugas, suasana kelas yang ceria, susunan perabot dan peralatan yang kemas, hiasan bilik darjah yang menarik, sudut-sudut bacaan  dalam bilik darjah atau luar bilik darjah,susunan kerusi dan meja yang teratur, suasana pembelajaran yang mesra diikuti persekitaran fizikal menarik, pencahayaan dan pengudaraan  yang baik akan melahirkan murid yang berpotensi untuk maju ke depan berdasarkan matlamat dan arah tuju falsafah pendidikan negara kita.

     Bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi, rohani, intelek dan jasmani bagi memacu negara ke arah yang cemerlang, gemilang, dan terbilang akan tercapai.


3.      Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Mesra Budaya




3. 1    Perkembangan Sosial dan Emosi 
 
           Pengurusan perkembangan sosial dan emosi perlu diberi perhatian oleh guru yang mana perkembangan sosial merupakan satu proses  kanak-kanak belajar dan meniru orang lain manakala emosi pula melibatkan perasaan ransangan tindakbalas fisiologi yang menyebabkan seseorang itu dapat mempertimbangkan perkara yang baik dan mengelakkan perkara buruk akan berlaku. 

a. Guru Sebagai Model Contoh Yang Ditiru
        Guru perlu menjadi model contoh yang baik untuk ditiru dan diikuti oleh murid-muridnya seperti, penyabar, penyayang, boleh mengawal emosi dengan berkesan, dan mempunyai pengetahuan yang luas di bidang kerjayanya.

b. Komuniti Pembelajaran
       Komuniti pembelajaran terhasil melalui penyerapan nilai-nilai murni untuk saling percaya mempercayai sesama murid bagi memastikan murid memiliki sikap penyayang dan prihatin.
c. Minat dan Pencapaian Pelajaran
           Guru boleh menerapkan berbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui minat untuk membentuk perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Contohnya, belajar Bahasa Melayu melalui aktiviti berbalas pantun dalam bentuk nyanyian yang menarik dan sesuai. 

d. Aktiviti Bermain 
         Menurut kajian Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & amp; Syarifah Fakhriah (2008).   “Melalui permainn sosial, kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif,belajar menghormati hak orang lain, mengambil giliran, berkongsi alatan serta melayani keperluan orang lain.”
         Contohnya permainan konda kindi. Aktiviti tersebut melibatkan interaksi antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, sekurang-kurangnya lima orang dalam satu kumpulan. Melibatkan berbagai kemahiran seperti, melontar, membaling, memukul, dan mengira mengikut bilangan mata yang terbanyak dikira sebagai pemenangnya.

e. Motivasi
         Guru harus mengetahui pelbagai budaya dan cara yang berbeza-beza di antara murid yang berbilang kaum. Oleh itu, guru boleh memberikan berbagai cara motivasi yang sesuai dengan cara memberikan galakan, dorongan, menggalakkan pembelajaran menarik minat dan menerangkan kemahiran baru yang perlu dikuasai oleh murid dan sebagainya.                                                    
4.      Pengurusan Persekitaran Fizikal

 
                                 

































4.1    Kebersihan, Pencahayaan dan  Pengudaraan  

Pencahayaan dan pengudaraan mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang selesa
Kebersihan kelas tarikan utama murid untuk belajar
  
          Kebersihan adalah perkara utama bagi kehidupan manusia. Kebersihan pada diri, tempat belajar dan persekitaran memberikan kesan bagi mental dan jiwa, keselesaan dan kedamaian bagi mendorong keharmonian kehidupan manusia itu sendiri.
          Kebersihan sesebuah bilik darjah juga perlu dijaga dan dikawal selia agar menjadi  salah satu faktor tarikan utama kepada murid dalam proses pembelajaran yang ceria. Apabila murid melihat kebersihan telah dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas melalui proses pembelajaran di dalam kelas sudah tentu meninggalkan kesan yang positif kepada murid itu sendiri.                                                                         
          Susunan jadual bertugas harian dalam kelas boleh mewujudkan suasana yang ceria dan penuh rasa tanggungjawab kerana melahirkan sikap suka tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu dengan lain. Murid sendiri akan menjaga kebersihan bilik darjah kerana mereka telah dididik untuk sentiasa menjaga kebersihan setiap masa.
      Bagi memantapkan lagi keceriaan kelas sentiasa dijaga melalui pertandingan kebersihan bilik darjah terbersih diadakan setiap minggu sebagai usaha memupuk tabiat amalan menjaga kebersihan  di kalangan murid sekolah.
           Selain kebersihan, sistem pencahayaan dan pengudaraan bilik darjah perlu dilihat dan dikawal bagi memastikan sistem pencahayaan yang sesuai  sebagai persediaan suasana pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan selesa.
            Manakala sistem pengudaraan perlu ada bagi mendapatkan bekalan udara yang bersih dan segar. Semua tingkap yang tidak mempunyai bekalan pendingin hawa perlu sentiasa dibuka untuk memastikan udara dari luar dapat  memasuki bilik darjah di samping menghindari daripada pelbagai jangkitan yang berjangkit seperti, demam selsema yang disebabkan oleh habuk dan virus yang terperangkap dalam bilik darjah

4.2      Susunan Kerusi dan Meja Murid


Susunan meja murid secara berkumpulan

         Susunan kerusi dan meja perlu teratur dan tersusun rapi bagi memastikan suasanan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.  Di samping tersusun dengan kemas ianya memudahkan guru memberikan perhatian kepada  semua murid bagi memudahkan guru memberikan bantuan dengan segera pada setiap masa.
                                                                         
        Susunan meja dan kerusi pula mestilah mudah untuk diubah pada bila-bila masa mengikut kesusuaian pengajaran dan pembelajaran sama ada mengikut kumpulan atau individu.    


4.3     Susunan Perabot dan Peralatan

Susunan peralatan, printer dan komputer di atas meja guru


Susunan fail rujukan dan bahan kerja murid perlulah kemas, teratur dan sesuai


         Guru perlu menyediakan ruang yang selesa untuk memastikan perabot tersusun dengan cantik dan kemas. Di samping penyediaan ruang penyimpanan barang  memudahkan murid-murid menyimpan barang-barang peribadi mereka dengan selamat dan selesa.
         Sudut-sudut  bacaan diletakkan dirak-rak atau almari menyimpan buku, kad-kad bacaan,  peralatan ICT perlu diletak di sudut yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran  menarik ketika ditayangkan pada bila-bila masa jika diperlukan. 
 

4.4     Hiasan Bilik Darjah
Hiasan bilik darjah disusun mengikut warna-warna menarik dan sesuai
         Rasa tanggungjawab boleh dipupuk oleh guru terhadap keadaan dan suasana bilik darjah. Murid diberikan peluang untuk menghias kelas dengan pandangan dan nasihat guru.  Kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih dan menentukan hiasan di bilik darjah boleh mendidik diri mereka rasa tanggungjawab  dalam kalangan murid dan merasakan mereka dihargai dan dipercayai.
         Antara kebebasan yang dapat dipupuk di kalangan murid ialah, menyediakan sendiri jadual bertugas harian, mengecat  bilik darjah, meja guru dihias dengan alas meja dan jambangan bunga yang cantik, menggantung langsir yang sesuai dengan suasana bilik darjah, menghias dan mengalas meja setiap murid agar menarik dan cantik.
          Menghias kelas dengan pasu-pasu bunga, mempamerkan hasil-hasil karya murid di sudut papan kenyataan yang sesuai dan menghias dinding dengan mural atau lukisan yang menarik.  


4.5     Sudut dan Ruang Bacaan
  















          Guru dapat menyediakan sudut-sudut bacaan yang sesuai dan menarik sebagai galakan budaya membaca di kalangan murid. Antara perkara yang boleh mendorong budaya membaca di kalangan murid tercapai ialah melalui pelbagai program dan galakkan membaca perlulah sentiasa diadakan.
           Menggantung kad-kad bacaan yang tertera atau nota-nota ringkas untuk menarik minat murid membaca atau menghafal suku kata, perkataan dan ayat yang mudah. Kad-kad berwarna yang berbagai bentuk menarik minat murid terutama di kalangan murid pra sekolah dan tahap satu.
 
           Mencatat dan menampal nota serta tugasan yang berkaitan tentang fakta-fakta penting tentang pelajaran, formula matematik, gambar rajah, rumus-rumus tatabahasa dan format penulisan.         


5.     Pemilihan Strategi, Kaedah dan Teknik Mengajar Sesuai.
      Pemilihan strategi,kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan mampu untuk peningkatan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid Melayu dan bukan Melayu. Pemilihan itu digunakan mengajar sesuai menggunakan beberapa strategi, kaedah dan teknik seperti, kaedah generatif (menjana idea murid), kaedah kontekstual(mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan situasi yang sebenar),kaedah direktif(penerangan diikuti ujian kefahaman dan latihan),kaedah mediatif(menggunakan bahan media dalam pembelajaran),kaedah kolaboratif(kerjasama dua pihak dan berusaha mencapai matlamat pembelajaran),kaedah kooperatif(diaplikasikan dalam kelas,pelbagai budaya, belajar secara kumpulan dalam keadaan harmonis), kaedah Metakognitif(member peluang memikirkan pelajaran,rancangan pembelajaran,pemantauan dan penilaian kendiri berkenaan sesuatu tugasan),kaedah kajian luar/konteks luar(pengajaran dan pembelajaran dilakukan luar bilik darjah),kajian masa depan(mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan).





   
































6.       Penerapan Nilai Murni
          Aktiviti pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada semua murid berinteraksi bagi mewujudkan suasana mesra, membina semangat setia kawan, menyediakan isi pelajaran yang menjurus nilai-nilai murni dalam setiap anggota terdiri berbagai kaum dalam kelas itu.

7.      Perbezaan Budaya
         Mewujudkan persekitaran mesra budaya, mencapai matlamat pembelajaran yang diharapkan dengan perancangan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan perbezaan di kalangan murid. Di samping itu guru mestilah melayan kerenah murid secara adil tanpa membeza-bezakan kaum murid tersebut.




Rumusan   

         Walaupun berbagai suku bangsa dan kaum tetapi dengan mendisiplinkan diri menuntut ilmu, mempelajari, mengamalkan dan menyebarkannya amat berguna untuk pengganti generasi akan datang. Baik dan mundurnya sesuatu kaum itu adalah bergantung kepada penguasaan ilmu, pengamalan dan penyebaran ilmu yang berterusan tanpa jemu sehingga menjadi contoh yang perlu diikuti oleh negara-negara Barat yang ketamadunannya mulai merosot di abad ini.  
            Budaya yang berbagai bukanlah satu masalah untuk mencapai kemajuan tetapi ianya merupakan satu keunikan berbanding negara-genara lain di dunia ini. Biarpun penuh dengan pelbagai cabaran namun ianya merupakan satu cabaran yang harus diharungi oleh para pendidik bagi membuat perancangan yang rapi dalam berbagai segi untuk memajukan kualiti pendidikan semasa di sekolah lagi.
                                                                                         
          Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah daripada komitmen guru untuk memajukan masyarakat yang terdapat di tempat kerjanya walaupun bukan tergolong dalam rumpun kaumnya sendiri.
            Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sangat berkesan sekiranya pendekatan koperatif dan kolaboratif dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mementingkan diri dan kaum sendiri. Pengalaman murid-murid berdasarkan persekitaran di sekelilingnya akan menjayakan pembelajaran secara koperatif.
          Kaedah ini akan memahirkan murid memahami pelbagai kebolehan, pelbagai latar belakang budaya, campuran jantina daripada pelbagai etnik dalam kumpulan kecil dapat mewujudkan satu matlamat yang sama biarpun memakan masa yang lama untuk dikecapi sepenuhnya.
           Melalui sistem persekolahan  yang ada di negara ini ianya dapat melahirkan satu masyarakat memahami budaya antara satu dengan lain, perpaduan yang erat tanpa pecah belah dan melahirkan kekuatan ampuh untuk kemajuan negara kita yang tercinta ini.  



Bibliografi 
 
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Maskon. 2010. Budaya dan
         Pembelajaran. Ipoh, Perak. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
 
Noriati A. Rashid. 2011. Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
        Selangor Darul Ehsan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), ‘Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
          Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan’,Kuala Lumpur:KPM
Arena Wati. 1978. Pribumi Sabah (Kadazan /Dusun).Yayasan Sabah,
          Kota Kinabalu. 
  
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), ‘Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
          Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan’,Kuala Lumpur:KPM
Amir Hassan Dawi. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan.
       Quantum Books.

Ee Ah Meng. Pedagogagi,Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Oxford

       Fajar. Sdn.Bhd.