1. Pendahuluan
Menurut kamus, kebudayaan
diertikan sebagai satu cara kehidupan manakala menurut Edward B. Taylor dalam
bukunya Primitive Culture, ialah kebudayaan adalah satu keseluruhan sistem yang
kompleks, di dalamnya terkandung unsur-unsur pengetahuan, kepercayaan, seni
moral, undang-undang, adat istiadat dan yang sehubung dengannya. Semua perkara itu diperolehi secara
pengamalan oleh sesuatu masyarakat yang terdapat di kawasan tersebut.
Kekayaan budaya yang pelbagai
ini merupakan satu anugerah Tuhan yang harus disyukuri dan digunakan dengan
sebaik-baiknya. Keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada persefahaman yang terjalin
antara pelbagai kaum di negara ini. Negara Malaysia memperolehi kejayaan adalah
kerana menjadikan keamanan, kemakmuran dan kemajmukan masyarakat di negara ini
sebagai sumber kekuatan walaupun kita melihat banyak negara di dunia menghadapi
pelbagai rintangan dan halangan akibat faktor mementingkan kaum sehingga sukar
menerima istilah kemajmukan di negara mereka kerana perbezaan agama, warna
kulit dan seumpamanya. Malah negara turut merasai sedikit sebanyak masalahnya
bagaimana kemajmukan yang tidak teratur secara baik hampir-hampir meranapkan
negara seperti yang berlaku pada tanggal 13 Mei1969.
Oleh
itu, budaya dan pembelajaran ini
dapatlah sedikit sebanyak untuk membantu memahami serba sedikit tentang kemairan
komunikasi guru, melalui lisan ataupun bukan lisan. Tindakan mewujudkan
persektaran yang mesra budaya diharapkan dapat membantu pengetahuan kita
tentang kepelbagaian kelompok masyarakat Malaysia dan dapat membina kesedaran
terhadap peranan guru sebagai agen perpaduan melalui pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memahami dan menghormati kepercayaan, moral, seni, undang-undang
dan adat istiadat di mana sahaja dalam negara kita yang bertuah ini.
2. Pengenalan
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya perlulah dipupuk di kalangan
generasi mudah bagi melahirkan komponen masyarakat mesra budaya, berdaya saing,
sanggup menghadapi segala rintangan yang melanda dan bersedia mewujudkan persefahaman
antara kaum untuk menjana perpaduan, keutuhan, persefahaman,
tolerensi,berkongsi ilmu dan memajukan negara menjelang wawasan 2020 akan
datang.
Perpaduan yang wujud semasa di sekolah
lagi akan mencerminkan murid yang bakal cemerlang bagi menghadapai segala
rintangan yang melanda Negara sama ada berbentuk kemajuan yang dicapai ataupun
sebaliknya.
Dengan pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya akan melahirkan
murid yang mudah menerapkan dirinya melalui pengamalan nilai-nilai murni
melalui pelbagai cara pengajaran dan pembelajaran.Kebersihan kelas, jadual
bertugas, suasana kelas yang ceria, susunan perabot dan peralatan yang kemas,
hiasan bilik darjah yang menarik, sudut-sudut bacaan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah,susunan kerusi dan meja yang teratur, suasana pembelajaran yang mesra diikuti
persekitaran fizikal menarik, pencahayaan dan pengudaraan yang baik akan melahirkan murid yang
berpotensi untuk maju ke depan berdasarkan matlamat dan arah tuju falsafah
pendidikan negara kita.
Bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi, rohani, intelek dan
jasmani bagi memacu negara ke arah yang cemerlang, gemilang, dan terbilang akan
tercapai.
3. Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Mesra Budaya
3. 1 Perkembangan
Sosial dan Emosi
a. Guru Sebagai Model Contoh Yang Ditiru
b. Komuniti Pembelajaran
d. Aktiviti Bermain
Pengurusan perkembangan sosial
dan emosi perlu diberi perhatian oleh guru yang mana perkembangan sosial
merupakan satu proses kanak-kanak
belajar dan meniru orang lain manakala emosi pula melibatkan perasaan ransangan
tindakbalas fisiologi yang menyebabkan seseorang itu dapat mempertimbangkan
perkara yang baik dan mengelakkan perkara buruk akan berlaku.
a. Guru Sebagai Model Contoh Yang Ditiru
Guru perlu menjadi model
contoh yang baik untuk ditiru dan diikuti oleh murid-muridnya seperti,
penyabar, penyayang, boleh mengawal emosi dengan berkesan, dan mempunyai
pengetahuan yang luas di bidang kerjayanya.
b. Komuniti Pembelajaran
Komuniti pembelajaran terhasil
melalui penyerapan nilai-nilai murni untuk saling percaya mempercayai sesama
murid bagi memastikan murid memiliki sikap penyayang dan prihatin.
c. Minat
dan Pencapaian Pelajaran
Guru boleh menerapkan berbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui minat untuk membentuk perkembangan
sosio emosi kanak-kanak. Contohnya, belajar Bahasa Melayu melalui aktiviti
berbalas pantun dalam bentuk nyanyian yang menarik dan sesuai.
d. Aktiviti Bermain
Menurut kajian Noriati A. Rashid,
Boon Pong Ying & amp; Syarifah Fakhriah (2008). “Melalui permainn sosial, kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang
lain secara positif,belajar menghormati hak orang lain, mengambil giliran,
berkongsi alatan serta melayani keperluan orang lain.”
Contohnya permainan konda kindi. Aktiviti tersebut melibatkan interaksi
antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, sekurang-kurangnya lima orang dalam
satu kumpulan. Melibatkan berbagai kemahiran seperti, melontar, membaling,
memukul, dan mengira mengikut bilangan mata yang terbanyak dikira sebagai
pemenangnya.
e. Motivasi
Guru
harus mengetahui pelbagai budaya dan cara yang berbeza-beza di antara murid
yang berbilang kaum. Oleh itu, guru boleh memberikan berbagai cara motivasi
yang sesuai dengan cara memberikan galakan, dorongan, menggalakkan pembelajaran
menarik minat dan menerangkan kemahiran baru yang perlu dikuasai oleh murid dan
sebagainya.
4. Pengurusan Persekitaran Fizikal
4. Pengurusan Persekitaran Fizikal
4.1 Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa |
Kebersihan kelas tarikan utama murid untuk belajar |
Kebersihan adalah perkara utama bagi
kehidupan manusia. Kebersihan pada diri, tempat belajar dan persekitaran
memberikan kesan bagi mental dan jiwa, keselesaan dan kedamaian bagi mendorong
keharmonian kehidupan manusia itu sendiri.
Kebersihan sesebuah bilik darjah
juga perlu dijaga dan dikawal selia agar menjadi salah satu faktor tarikan utama kepada murid
dalam proses pembelajaran yang ceria. Apabila murid melihat kebersihan telah dijaga
dengan baik sebelum, semasa dan selepas melalui proses pembelajaran di dalam
kelas sudah tentu meninggalkan kesan yang positif kepada murid itu sendiri.
Susunan jadual bertugas harian
dalam kelas boleh mewujudkan suasana yang ceria dan penuh rasa tanggungjawab
kerana melahirkan sikap suka tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu
dengan lain. Murid sendiri akan menjaga kebersihan bilik darjah kerana mereka
telah dididik untuk sentiasa menjaga kebersihan setiap masa.
Bagi memantapkan lagi
keceriaan kelas sentiasa dijaga melalui pertandingan kebersihan bilik darjah
terbersih diadakan setiap minggu sebagai usaha memupuk tabiat amalan menjaga
kebersihan di kalangan murid sekolah.
Selain kebersihan, sistem
pencahayaan dan pengudaraan bilik darjah perlu dilihat dan dikawal bagi memastikan
sistem pencahayaan yang sesuai sebagai
persediaan suasana pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
selesa.
Manakala sistem pengudaraan
perlu ada bagi mendapatkan bekalan udara yang bersih dan segar. Semua tingkap
yang tidak mempunyai bekalan pendingin hawa perlu sentiasa dibuka untuk memastikan
udara dari luar dapat memasuki bilik
darjah di samping menghindari daripada pelbagai jangkitan yang berjangkit
seperti, demam selsema yang disebabkan oleh habuk dan virus yang terperangkap dalam
bilik darjah
4.2 Susunan Kerusi dan Meja Murid
Susunan meja murid secara berkumpulan |
Susunan
kerusi dan meja perlu teratur dan tersusun rapi bagi memastikan suasanan
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Di samping tersusun dengan kemas ianya memudahkan
guru memberikan perhatian kepada semua murid bagi memudahkan guru memberikan
bantuan dengan segera pada setiap masa.
Susunan meja dan kerusi pula
mestilah mudah untuk diubah pada bila-bila masa mengikut kesusuaian pengajaran
dan pembelajaran sama ada mengikut kumpulan atau individu.
4.3 Susunan Perabot dan Peralatan
Susunan peralatan, printer dan komputer di atas meja guru |
Susunan fail rujukan dan bahan kerja murid perlulah kemas, teratur dan sesuai |
Guru perlu menyediakan ruang yang selesa
untuk memastikan perabot tersusun dengan cantik dan kemas. Di samping
penyediaan ruang penyimpanan barang
memudahkan murid-murid menyimpan barang-barang peribadi mereka dengan
selamat dan selesa.
Sudut-sudut bacaan diletakkan dirak-rak atau almari
menyimpan buku, kad-kad bacaan,
peralatan ICT perlu diletak di sudut yang sesuai dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menarik
ketika ditayangkan pada bila-bila masa jika diperlukan.
4.4 Hiasan Bilik Darjah
Rasa tanggungjawab boleh dipupuk oleh guru
terhadap keadaan dan suasana bilik darjah. Murid diberikan peluang untuk
menghias kelas dengan pandangan dan nasihat guru. Kebebasan diberikan kepada murid untuk
memilih dan menentukan hiasan di bilik darjah boleh mendidik diri mereka rasa
tanggungjawab dalam kalangan murid dan
merasakan mereka dihargai dan dipercayai.
Antara kebebasan yang dapat dipupuk di
kalangan murid ialah, menyediakan sendiri jadual bertugas harian, mengecat bilik darjah, meja guru dihias dengan alas
meja dan jambangan bunga yang cantik, menggantung langsir yang sesuai dengan
suasana bilik darjah, menghias dan mengalas meja setiap murid agar menarik dan
cantik.
Menghias kelas dengan pasu-pasu bunga,
mempamerkan hasil-hasil karya murid di sudut papan kenyataan yang sesuai dan
menghias dinding dengan mural atau lukisan yang menarik.
4.5 Sudut dan Ruang Bacaan
Guru dapat menyediakan sudut-sudut bacaan
yang sesuai dan menarik sebagai galakan budaya membaca di kalangan murid.
Antara perkara yang boleh mendorong budaya membaca di kalangan murid tercapai
ialah melalui pelbagai program dan galakkan membaca perlulah sentiasa diadakan.
Menggantung kad-kad bacaan
yang tertera atau nota-nota ringkas untuk menarik minat murid membaca atau
menghafal suku kata, perkataan dan ayat yang mudah. Kad-kad berwarna yang
berbagai bentuk menarik minat murid terutama di kalangan murid pra sekolah dan
tahap satu.
Mencatat dan menampal nota
serta tugasan yang berkaitan tentang fakta-fakta penting tentang pelajaran,
formula matematik, gambar rajah, rumus-rumus tatabahasa dan format penulisan.
5. Pemilihan Strategi, Kaedah dan Teknik Mengajar Sesuai.
Pemilihan strategi,kaedah
dan teknik dalam pedagogi pendidikan mampu untuk peningkatan penggunaan Bahasa
Melayu di kalangan murid Melayu dan bukan Melayu. Pemilihan itu digunakan
mengajar sesuai menggunakan beberapa strategi, kaedah dan teknik seperti,
kaedah generatif (menjana idea murid), kaedah kontekstual(mengaitkan bahan
pengajaran dan pembelajaran dengan situasi yang sebenar),kaedah
direktif(penerangan diikuti ujian kefahaman dan latihan),kaedah
mediatif(menggunakan bahan media dalam pembelajaran),kaedah
kolaboratif(kerjasama dua pihak dan berusaha mencapai matlamat
pembelajaran),kaedah kooperatif(diaplikasikan dalam kelas,pelbagai budaya,
belajar secara kumpulan dalam keadaan harmonis), kaedah Metakognitif(member
peluang memikirkan pelajaran,rancangan pembelajaran,pemantauan dan penilaian
kendiri berkenaan sesuatu tugasan),kaedah kajian luar/konteks luar(pengajaran
dan pembelajaran dilakukan luar bilik darjah),kajian masa depan(mengambil bahagian
dalam penciptaan masa depan).
6. Penerapan Nilai Murni
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
memberikan peluang kepada semua murid berinteraksi bagi mewujudkan suasana
mesra, membina semangat setia kawan, menyediakan isi pelajaran yang menjurus
nilai-nilai murni dalam setiap anggota terdiri berbagai kaum dalam kelas itu.
7. Perbezaan Budaya
Mewujudkan persekitaran mesra budaya, mencapai matlamat pembelajaran
yang diharapkan dengan perancangan pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berdasarkan perbezaan di kalangan murid. Di samping itu guru
mestilah melayan kerenah murid secara adil tanpa membeza-bezakan kaum
murid tersebut.
Rumusan
Walaupun berbagai suku bangsa dan kaum tetapi dengan mendisiplinkan diri
menuntut ilmu, mempelajari, mengamalkan dan menyebarkannya amat berguna untuk
pengganti generasi akan datang. Baik dan mundurnya sesuatu kaum itu adalah
bergantung kepada penguasaan ilmu, pengamalan dan penyebaran ilmu yang
berterusan tanpa jemu sehingga menjadi contoh yang perlu diikuti oleh
negara-negara Barat yang ketamadunannya mulai merosot di abad ini.
Budaya yang berbagai bukanlah satu masalah untuk mencapai kemajuan
tetapi ianya merupakan satu keunikan berbanding negara-genara lain di dunia
ini. Biarpun penuh dengan pelbagai cabaran namun ianya merupakan satu cabaran
yang harus diharungi oleh para pendidik bagi membuat perancangan yang rapi
dalam berbagai segi untuk memajukan kualiti pendidikan semasa di sekolah lagi.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah daripada
komitmen guru untuk memajukan masyarakat yang terdapat di tempat kerjanya
walaupun bukan tergolong dalam rumpun kaumnya sendiri.
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sangat berkesan sekiranya
pendekatan koperatif dan kolaboratif dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab
dan jujur tanpa mementingkan diri dan kaum sendiri. Pengalaman murid-murid
berdasarkan persekitaran di sekelilingnya akan menjayakan pembelajaran secara
koperatif.
Kaedah ini akan memahirkan murid memahami pelbagai kebolehan,
pelbagai latar belakang budaya, campuran jantina daripada pelbagai etnik dalam
kumpulan kecil dapat mewujudkan satu matlamat yang sama biarpun memakan masa
yang lama untuk dikecapi sepenuhnya.
Melalui sistem persekolahan yang
ada di negara ini ianya dapat melahirkan satu masyarakat memahami budaya antara
satu dengan lain, perpaduan yang erat tanpa pecah belah dan melahirkan kekuatan
ampuh untuk kemajuan negara kita yang tercinta ini.
Bibliografi
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Maskon.
2010. Budaya dan
Pembelajaran. Ipoh, Perak. Penerbit
Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid. 2011. Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Selangor Darul
Ehsan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), ‘Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan
Pendidikan’,Kuala Lumpur:KPM
Arena Wati. 1978. Pribumi
Sabah (Kadazan /Dusun).Yayasan Sabah,
Kota
Kinabalu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), ‘Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan
Pendidikan’,Kuala Lumpur:KPM
Amir Hassan Dawi. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan.
Quantum
Books.
Ee
Ah Meng. Pedagogagi,Kurikulum dan
Pengurusan Bilik Darjah. Oxford
Fajar. Sdn.Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan